IPOH, 28 Nov (Bernama) -- Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki di Ipoh yang dilaporkan hilang sejak 11 Nov lepas.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata Wong Chee Fung Alvis yang berusia 20 tahun memiliki fizikal badan yang kurus dan beralamat di No. 121, Jalan Bercham, Taman Sri Kurau dekat sini.
"Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor Nitia Ruban David melalui talian 016-4898618," katanya dalam kenyataan hari ini.
Abang Zainal Abidin berkata orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, 05-2451500.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial