Imigresen Tahan 62 Pendatang Tanpa Izin Di Lojing

20/11/2025 11:03 PM

KOTA BHARU, 20 Nov (Bernama) -- Jabatan Imigresen (JIM) Kelantan menahan 62 pendatang tanpa izin warga Myanmar dalam operasi bersepadu di kawasan tanah tinggi Lojing, Gua Musang bermula semalam dan hari ini.

Pengarah Imigresen Kelantan Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan berkata hasil pemeriksaan yang dijalankan, 61 lelaki dan seorang wanita berkenaan disyaki melanggar peruntukan undang-undang imigresen serta dibawa ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Operasi bermula 8 pagi itu melibatkan 60 anggota dan pegawai JIM Kelantan, Terengganu dan Putrajaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat berkaitan pendatang tanpa izin atau sebarang aktiviti melibatkan warga asing yang menyalahi undang-undang melalui talian 019-9840377 atau sistem aduan awam imigresen imi.spab.gov.my.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan