BUTTERWORTH, 16 Nov (Bernama) -- Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dan JSPT Pulau Pinang menggempur kawasan sekitar Seberang Jaya di sini yang menjadi lokasi lumba haram terutama pada hujung minggu menerusi Op Motosikal, malam tadi.
Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/ Pengurusan Saman) JSPT Bukit Aman DCP Mohd Rozi Jidin berkata operasi bermula 11 malam dan setakat 9 tadi tadi, lebih 350 penunggang motosikal ditahan dengan lebih 250 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
“Ada antara mereka menerima lima dan tujuh saman atas pelbagai kesalahan trafik seperti tidak mempunyai lesen, motosikal tidak mengikut spesifikasi dan sebagainya. Paling menyedihkan apabila remaja berusia 15 tahun juga sudah terlibat dengan aktiviti ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohd Rozi berkata penglibatan remaja dalam lumba haram dilihat amat membimbangkan selain terdapat mereka yang masih tidak serik walaupun pernah ditahan beberapa kali.
Justeru, beliau berkata tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan berterusan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat untuk bersama-sama menghentikan kegiatan itu, di samping memastikan keselamatan pengguna jalan raya lain.
Beliau berkata kesemua ditahan dibawa ke Balai Polis Seberang Jaya untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial