Perhimpunan Di Istana Negeri Kubang Kerian Bertujuan Serah Barangan Lama - Polis

13/11/2025 05:43 PM

KOTA BHARU, 13 Nov (Bernama) -- Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata siasatan polis mendapati 13 individu termasuk seorang wanita yang berhimpun di luar Istana Negeri, Kubang Kerian, secara haram pada Selasa lepas adalah bagi menyerahkan beberapa barangan lama kepada pihak istana.

Beliau berkata maklumat mengenai kehadiran kumpulan itu diterima pada 11.40 pagi selepas Balai Polis Kubang Kerian memaklumkan mengenai perhimpunan tersebut.

Mohd Yusoff berkata kesemua individu yang berusia lingkungan 26 hingga 67 tahun telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu bagi membantu siasatan.

"Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati lima daripada mereka positif dadah. 

"Kes disiasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan serta Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, dan siasatan lanjut masih diteruskan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan 13 individu berkenaan telah direman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes itu.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan