Op Tapis: 221 Individu Ditahan, Dadah Lebih RM120,000 Dirampas

07/11/2025 08:45 PM

SIBU, 7 Nov (Bernama) -- Polis menahan 221 individu termasuk 15 wanita dan tiga warga asing sepanjang Op Tapis Narkotik yang dijalankan di daerah ini bermula awal bulan lepas hingga semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata sebanyak 3,163.55 gram dadah disyaki syabu bernilai RM120,214.90 turut dirampas sepanjang operasi selama sebulan itu.

Beliau berkata sebanyak 256 kertas siasatan dibuka manakala 246 kes telah didakwa di mahkamah di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah.

“Polis mengalu-alukan orang ramai tampil menyalurkan maklumat berkaitan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkipli berkata maklumat berkenaan boleh disalurkan dengan menghubungi talian hotline Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman 012-2087222 dan 017-59292211 (JSJN Sarawak).

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan