GEORGE TOWN, 7 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang hari ini menahan seorang bekas timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan kerana disyaki menerima rasuah RM35,000 daripada seorang kontraktor sebagai balasan pemberian projek tender daripada jabatannya.
Menurut sumber suspek lelaki berusia 50-an itu telah ditahan kira-kira 10 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang di sini.
"Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan berkenaan pada 2022 dan dipercayai menerima wang rasuah melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi miliknya serta secara tunai,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009.
Beliau berkata suspek yang kini ditahan akan dilepaskan dengan jaminan SPRM.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial