IPOH, 6 Nov (Bernama) -- Polis berjaya menumpaskan kegiatan perlombongan bitcoin secara haram dalam serbuan di sebuah premis di Taman Lagenda, dekat Teluk Intan semalam.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin berkata operasi bersepadu dari 2 hingga 6.30 petang itu dijalankan bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan CyberSecurity Malaysia (CSM).
“Hasil pemeriksaan pasukan TNB mengesahkan wujud penyambungan elektrik secara haram yang digunakan bagi tujuan perlombongan mata wang digital.
"Pemeriksaan lanjut mendapati beberapa bilik dalam premis berkenaan telah diubah suai menjadi bilik khas menempatkan mesin perlombongan bitcoin,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bakri berkata turut dirampas 66 unit mesin perlombongan bitcoin, beberapa modem serta peralatan sokongan yang disyaki digunakan dalam kegiatan berkenaan.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan serta Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447) dan pemilik premis serta individu yang terlibat sedang dikenal pasti.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial