KUCHING, 30 Okt (Bernama) -- Seorang wanita tempatan berusia 46 tahun kerugian RM255,834.50 selepas terperdaya skim pelaburan saham tidak wujud dalam talian pada Ogos lepas.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata mangsa mendakwa dimasukkan ke kumpulan WhatsApp pada 26 Ogos dan ditawarkan peluang menyertai pelaburan itu.
“Mangsa tertarik selepas membaca maklum balas ahli kumpulan mendakwa memperoleh keuntungan tinggi dan pantas.
“Dia diarahkan memuat turun satu aplikasi dan membuat 15 transaksi ke enam akaun bank sebagai sebahagian daripada pelaburan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Alexson berkata wanita itu sedar ditipu selepas suspek memberi pelbagai alasan semasa mangsa mahu menebus keuntungan dipaparkan dalam aplikasi itu.
Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata setakat ini, sebanyak 92 kes melibatkan modus operandi sama dilaporkan melibatkan kerugian RM10.73 juta.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter      : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok       : @bernamaofficial