Siasatan Terhadap Jho Low Masih Aktif - Ketua Polis Negara

24/10/2025 04:40 PM

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menegaskan siasatan terhadap ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, masih aktif dan belum ditutup.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa meneliti setiap perkembangan terkini dan akan  mengambil tindakan sewajarnya mengikut keperluan siasatan.

“Siasatan terhadap individu terbabit masih berjalan seperti yang dimaklumkan sebelum ini dan perkara ini tidak perlu diperincikan secara terbuka,” katanya ketika ditanya mengenai status siasatan terhadap Jho Low pada sidang media di sini hari ini.

Jho Low dikehendaki pihak berkuasa bagi membantu siasatan berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebelum ini, terdapat dakwaan menyatakan Jho Low menetap di sebuah kawasan elit di Shanghai, China menggunakan pasport Australia palsu.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan hasil semakan dan maklumat yang diterima setakat ini, tidak menemukan sebarang bukti atau fakta sahih berhubung lokasi semasa Jho Low mahupun penggunaan pasport oleh individu berkenaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan