AKPS Tolak Kemasukan 11 Warga Asing Disyaki Bukan Pelancong Tulen

13/10/2025 11:13 AM

ALOR SETAR, 13 Okt (Bernama) -- Agensi Kawalan Perlindungan Sempadan (AKPS) melakukan penolakan masuk terhadap 11 warga asing di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, semalam.

Komander AKPS Bukit Kayu Hitam SAC Mohd Nasarudin M Nasir berkata tindakan itu dilakukan selepas mereka didapati tidak memenuhi syarat kemasukan dan disyaki bukan pelancong tulen.

Katanya, mereka terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita warga India, dua lelaki warga Korea, seorang wanita Sri Lanka dan masing-masing seorang lelaki warga China dan Thailand berumur antara 20 hingga 30-an. 

"Kesemua individu berkenaan telah diarahkan berpatah balik ke negara asal melalui laluan masuk yang sama," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata tindakan yang diambil itu menunjukkan komitmen berterusan AKPS dalam memastikan keselamatan dan integriti sempadan negara sentiasa terpelihara.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan