Sebuah Salun Disimbah Cat Merah, Alami Kerugian RM15,000

12/10/2025 09:42 PM

JOHOR BAHRU, 12 Okt (Bernama) -- Polis mengesahkan sebuah salun di pusat beli-belah di sini mengalami kerugian kira-kira RM15,000 selepas disimbah cat merah semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh Mahindar Singh berkata pihaknya menerima laporan daripada pekerja premis berkenaan, yang juga lelaki tempatan berusia 22 tahun pada 1.33 tengah hari pada hari sama. 

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada 11.50 pagi ketika pengadu yang sedang bekerja secara tiba-tiba didatangi oleh dua orang suspek yang kemudiannya membaling plastik berisi cat merah ke dalam premis berkenaan.

“Kejadian itu telah menyebabkan simbahan cat merah terkena pada perabot serta seorang pelanggan yang turut berada di dalam salun. Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan anggaran kerugian berjumlah RM15,000,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan