Empat Anggota, Pegawai Polis Ditahan Di Pusat Hiburan Positif Dadah

12/10/2025 07:21 PM

KUANTAN, 12 Okt (Bernama) -- Empat anggota dan pegawai polis termasuk seorang wanita yang bertugas di Pahang, ditahan dan dipercayai positif dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di sini, semalam. 

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata tangkapan berkenaan dilakukan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

“Saya sahkan kes itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Media hari ini melaporkan empat individu terbabit masing-masing dua pegawai dan anggota berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun itu, dipercayai berada dalam satu bilik karaoke di premis berkenaan ketika serbuan dilakukan.

Difahamkan, kesemua mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan direkodkan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan