KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Dua lelaki termasuk seorang remaja berusia 16 tahun maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Kilometer 301.2 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dekat Kajang, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan berkenaan pada 1.45 pagi.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kenderaan dinaiki empat individu itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke dalam gaung.
“Akibat kemalangan itu, pemandu kenderaan iaitu seorang pekerja swasta berusia 23 tahun dan penumpang lelaki berusia 16 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Naazron berkata dua lagi penumpang iaitu seorang lelaki dan wanita berusia lingkungan 20-an cedera pada kaki dan tangan serta dibawa ke Hospital Serdang.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Narolhisyam Endi melalui talian 019-5897115.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial