KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki warga Singapura dan seorang wanita tempatan bagi membantu siasatan dalam kes rasuah.
Menurut kenyataan SPRM, individu pertama yang sedang dicari ialah Poh Po Lian, seorang warganegara Singapura dengan alamat terakhir di Pavilion Residence 2, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.
“Individu kedua pula ialah Jennifer Kok Sau Keng, seorang warganegara Malaysia yang beralamat di Abadi Villa, Jln 3/109C, Off Jln Klang Lama, Taman Abadi Indah, Kuala Lumpur,” menurut kenyataan itu.
SPRM memohon orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kedua-dua individu berkenaan untuk menghubungi pegawai penyiasat Stefan Lue Hsien Yang menerusi talian 017-902 8199 atau e-mel kepada stefan@sprm.gov.my.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial