CHUKAI, 6 Okt (Bernama) -- Seorang pembantu tadbir wanita kerugian RM123,705 selepas terperdaya sindiket tawaran kerja sambilan dalam talian, bulan lepas.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Razi Rosli berkata mangsa berusia 48 tahun pada awalnya menerima bungkusan berisi mop lantai daripada suspek melalui TikTok pada 30 Sept kerana dikatakan memberi komen dan pendapat baik mengenai produk itu.
“Mangsa kemudiannya dimasukkan ke kumpulan WhatsApp mengandungi pautan kerja sambilan dengan komisen RM80 dan kumpulan Telegram yang menawarkan kerja dengan pilihan modal serta keuntungan bakal diterima.
“Mangsa perlu membayar RM205 sebagai modal permulaan untuk mendapatkan tugasan dan dijanjikan pulangan lumayan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohd Razi berkata secara keseluruhan, mangsa membuat 19 pembayaran ke lapan akaun sebelum menyedari ditipu kerana gagal menghubungi suspek untuk mendapatkan pulangan keuntungan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial