BUKIT MERTAJAM, 1 Okt (Bernama) -- Seorang lelaki warga emas berusia 76 tahun dilaporkan terjatuh semasa mendaki di Bukit Berapit, di sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian menimpa Wong Wooi San pada 9.08 pagi.
“Mangsa ditemukan dalam keadaan sedar pada 9.29 pagi, namun mengalami kecederaan di bahagian kepala dan diberikan rawatan awal sebelum dibawa turun,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata operasi melibatkan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam ditamatkan pada 9.43 pagi selepas mangsa diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial