Polis Sarawak Lupus Dadah, Racun Bernilai RM1.47 Juta

23/09/2025 07:53 PM

KUCHING, 23 Sept (Bernama) -- Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak hari ini melupuskan pelbagai barang kes dadah dan racun melibatkan 11,004 kes dari 2017 hingga 2024 bernilai RM1,471,837.24.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata kesemua kes itu mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952 yang telah selesai siasatan serta perbicaraan di mahkamah.

“Pelupusan barang kes ini dijalankan mengikut peruntukan Seksyen 406A dan 407 Kanun Prosedur Jenayah. 

“Pelupusan dilakukan menggunakan kaedah loji rawatan termal (insinerator) di Trienekens Sarawak Sdn Bhd, Kuching Integrated Waste Management Park, syarikat bertauliah yang dilantik Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya dalam kenyataan di sini.

Mancha berkata antara barang kes yang dimusnahkan termasuk serbuk ekstasi (5.4 kilogram (kg), syabu (9.7kg) serta ganja (1.1kg), pil Erimin 5 (1.2kg), pil Nospan (7.4kg), ketamin (267.70 gram), pil ekstasi (231.01 gram), air ketum (2 liter) dan 7,852 botol urin.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan