SEREMBAN, 25 Julai (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan merampas kira-kira 1,000 liter diesel bersubsidi dalam serbuan serbuan Op Tiris dan Op Jeriji di Taman Angsamas di sini semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan berkata serbuan pada 11 malam itu turut merampas lori Daihatsu, tangki IBC 1,000 liter, tangki air simpanan, pam dan hos paip dengan jumlah keseluruhan RM18,912.91.
“Pemeriksaan yang dilakukan di sebuah premis kediaman mendedahkan aktiviti penyimpanan minyak diesel tanpa permit sah, dipercayai untuk tujuan pengedaran. Seorang individu dikenal pasti sebagai pemilik lori dan bertanggungjawab terhadap operasi itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati pemilik premis tidak memiliki permit menyimpan barang kawalan, dan disyaki melanggar Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Veerapan berkata aktiviti perdagangan barang kawalan tanpa permit adalah kesalahan serius yang boleh menjejaskan keselamatan pengguna dan kestabilan pasaran.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial