SUNGAI PETANI, 22 Julai (Bernama) -- Seorang lelaki warga asing ditemukan maut dengan kesan kecederaan pada perut dan leher di kawasan tapak perumahan di Bandar Utama dekat sini, malam semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata satu panggilan diterima pada 11.40 malam Ahad lepas yang memaklumkan mengenai kejadian tersebut.
"Siasatan awal mendapati berlaku pergaduhan antara mangsa yang berusia lingkungan 30 tahun, dipercayai warga Myanmar dengan rakan sebiliknya (juga warga Myanmar).
"Selepas kejadian, rakan sebiliknya berusia lingkungan 50 tahun itu dipercayai telah melarikan diri ke kawasan belukar berhampiran," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Hanyan berkata setakat ini 22 individu telah ditahan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Kesemua pekerja warga asing di tapak perumahan yang sedang dalam pembinaan itu didapati tidak mempunyai dokumen lengkap," katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial