PGA Rampas Bunga Ganja Bernilai RM690,000 Di Padang Besar

21/07/2025 09:36 PM

KANGAR, 21 Julai (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) menggagalkan cubaan menyeludup masuk 23 kilogram (kg) dadah jenis bunga ganja dianggar bernilai RM690,000 di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar hari ini.

Komander Briged Utara PGA SAC Shahrum Hashim berkata terdahulu, sepasukan pegawai dan anggota Kompeni C Batalion 18, PGA Pengkalan Hulu yang menjalankan Op Taring Wawasan Kedah/Perlis berjaya mengesan pergerakan berdasarkan maklumat kamera litar tertutup (CCTV) pada 5 pagi tadi.

"Hasil pemeriksaan di kawasan sekeliling menemukan satu guni mengandungi dedaun kering disyaki dadah jenis bunga ganja, dipercayai dibawa masuk dari negara jiran," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bunga ganja itu diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. 

"Siasatan lanjut oleh Cawangan Risik Batalion 18 PGA sedang dijalankan bagi mengesan individu atau sindiket yang dipercayai menjalankan aktiviti penyeludupan dadah di kawasan Padang Besar, Perlis," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan