Lori Bawa Muatan Bahan Kimia Terbalik Di Lebuhraya Kesas

18/07/2025 03:15 PM

SHAH ALAM, 18 Julai (Bernama) -- Sebuah lori kontena yang membawa muatan pelbagai jenis bahan kimia terbabas sebelum terbalik di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) menghala ke Shah Alam, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata kejadian pada 10.25 pagi itu menyebabkan tumpahan bahan kimia di atas jalan serta mengakibatkan pemandu lori mengalami cedera ringan.

“Lori kontena tersebut membawa muatan bahan kimia jenis sulfur, kalsium karbonat dan titanium oksida dalam bentuk cecair, disimpan dalam 10 unit tangki ABC berkapasiti 1,000 liter setiap satu, katanya dalam  kenyataan hari ini.

Operasi tersebut melibatkan seramai 14 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam dan BBP Andalas, dengan kerjasama pasukan khas bahan berbahaya (Hazmat).

Kerja-kerja pembersihan sedang menunggu tindakan kontraktor untuk mengalihkan lori ke bahu jalan.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan