JOHOR BAHRU, 15 Julai (Bernama) -- Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun maut akibat dihempap sebatang pokok kelapa sawit di Parit Katik, Ayer Baloi di Pontian pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Pontian Supt Mohammad Shofee Tayib berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira 11.30 pagi dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan Klinik Kesihatan Benut.
“Siasatan awal mendapati remaja itu mengikut rakannya yang (melakukan) kerja mengorek parit sebelum dia yang sedang berehat di atas jambatan, tiba-tiba dihempap pokok berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kematian mangsa tidak mempunyai sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Mejar Mohd Aziz Othman melalui talian 019-7973696 atau hubungi hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian 07-6869999," katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial