Polis Tahan Pengasas Syarikat Anjur Program Motivasi Rumah Tangga Didakwa Tidak Bermoral

15/07/2025 05:11 PM

SHAH ALAM, 15 Julai (Bernama) -- Polis mengesahkan pasangan suami isteri yang merupakan pengasas sebuah syarikat yang didakwa terlibat menganjurkan program motivasi rumah tangga dengan pengisian tidak bermoral di sebuah pusat konvensyen di sini, pada tahun lepas, di tahan hari ini. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan penahanan itu.

“Pengasas E-hati Diyana dan suami telah ditahan. Maklumat lanjut menyusul selepas beberapa tindakan diambil,” katanya ringkas menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Peguam Datuk M Reza Hassan mewakili pasangan itu turut mengesahkan perkara berkenaan dan memaklumkan anak guamnya ditahan polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam, selepas memberikan kenyataan di IPD Petaling Jaya.

Semalam, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata polis akan memanggil semua peserta yang hadir dalam penganjuran sebuah program motivasi rumah tangga yang didakwa tidak bermoral, untuk merakam percakapan bagi membantu siasatan.

Beliau berkata tindakan berkenaan dilakukan mengikut Seksyen 122 Kanun Acara Jenayah dan siasatan dibuat selepas pihaknya membuka kertas inkuiri.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan