SHAH ALAM, 15 Julai (Bernama) -- Seorang pekerja kilang warga Bangladesh maut akibat dihempap rak penyimpanan barang setinggi 17 tingkat di sebuah kilang sarung tangan di Banting dekat sini pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.54 pagi, sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bersama sembilan pegawai dan anggota serta dua jentera digerakkan ke lokasi.
“Kejadian melibatkan enam mangsa, namun lima daripada mereka berjaya dikeluarkan sebelum bomba tiba di lokasi.
“Mangsa terakhir ditemukan pada 11.20 pagi di bawah timbunan barang dan disahkan telah meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Mukhlis berkata mangsa yang maut berusia 33 tahun, manakala mereka yang cedera berumur antara 20 hingga 30 tahun.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial