NIBONG TEBAL, 7 Julai (Bernama) -- Polis menahan seorang pempengaruh TikTok kerana disyaki memandu secara berbahaya dengan melakukan aksi “drift” di kawasan tempat letak kenderaan Stadium Batu Kawan, di sini tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Jay January Siowou berkata lelaki berusia 26 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah SPS pada 12.20 tengah malam tadi.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan keselamatan orang lain dan semakan mendapati lelaki tersebut pernah ditahan di bawah seksyen sama sebelum ini.
"Tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja melanggar undang-undang malah turut membahayakan keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihak polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan tidak melakukan sebarang aksi berbahaya yang boleh mengundang risiko kemalangan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial