SUNGAI PETANI, 6 Julai (Bernama) -- Isteri kepada seorang suspek lelaki berusia 34 tahun yang ditembak di Bandar Puteri Jaya di sini malam tadi, ditahan reman bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan mengesahkan bahawa wanita berusia dalam lingkungan 20-an itu ditahan di rumah sewa pasangan berkenaan yang terletak berdekatan lokasi kejadian.
"Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini (6 hingga 12 Julai). Kita juga telah menjalankan pemeriksaan terhadap rumah suspek dan merampas sepucuk pistol," katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 7.50 malam tadi, lelaki berkenaan ditembak mati selepas berlaku insiden berbalas tembakan dengan polis di Bandar Puteri Jaya.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Fadil Marsus dilapor berkata suspek disyaki penjenayah, dan dipercayai mempunyai kaitan dengan dua lelaki yang ditembak mati di Jitra, pagi semalam.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial