Tujuh Individu Cedera Bas Terlanggar Palang Had Ketinggian

05/07/2025 01:00 AM

SEREMBAN, 4 Julai (Bernama) -- Tujuh individu termasuk pemandu cedera ringan selepas bas ekspres yang dinaiki mereka terlanggar palang had ketinggian dalam kejadian di Jalan Arab Malaysian, di Nilai malam ini.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan 1 dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai Azmi Hamid berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian membabitkan empat lelaki dan tiga wanita berusia dalam lingkungan 30 hingga 50-an itu kira-kira 10.30 malam.

“Bas yang membawa 19 penumpang terbabit dipercayai dalam perjalanan dari Kajang, Selangor ke Melaka.

“Kesemua mangsa yang cedera menerima rawatan di zon hijau Hospital Serdang,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini.

Beliau berkata kerja penyelamatan membabitkan sembilan anggota itu ketika ini sedang dijalankan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan