IPOH, 2 Julai (Bernama) -- Dua lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka merempuh lori muatan baja di Kilometer 253 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan dekat Kuala Kangsar, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pemandu berusia 25 tahun serta penumpang berumur 22 tahun tersepit dalam kenderaan itu dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada 5.51 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dengan bantuan BBP Kuala Kangsar bergegas ke lokasi kejadian.
"Anggota bomba melaksanakan 'size-up' seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER (Pendekatan Sistem Untuk Menyelamat Mangsa Terperangkap) untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit," katanya dalam kenyataan.
Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat kira-kira dua jam kemudian.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial