Penunggang Basikal Warga Singapura Maut Dilanggar Treler

14/06/2025 07:02 PM

JOHOR BAHRU, 14 Jun (Bernama) -- Seorang penunggang basikal warga Singapura maut selepas dipercayai terjatuh akibat terlanggar lubang sebelum dilanggar sebuah lori treler di Jalan Gunung Pulai, Kulai, pagi ini. 

Ketua Polis Daerah Kulai ACP Tan Seng Lee berkata kejadian berlaku pada kira-kira 9.45 pagi, apabila mangsa lelaki yang berusia 42 tahun itu menunggang basikal bersama empat lagi rakannya.

“Mangsa terlanggar lubang lalu jatuh di atas jalan raya. Pemandu treler lelaki berusia 41 tahun sedang dalam perjalanan ke Singapura untuk menghantar batu, tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata akibat perlanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori treler warga tempatan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan