Penutupan Jalan, Lencongan Di Lumut Sempena Program MADANI Rakyat

08/06/2025 07:13 PM

IPOH, 8 Jun (Bernama) -- Polis melakukan beberapa penutupan dan lencongan jalan secara berperingkat di Lumut mulai hari ini hingga 15 Jun sempena Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Negeri Perak.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata program itu akan diadakan di Dataran Lumut selama tiga hari bermula 13 Jun.

"Penutupan dan lencongan jalan yang bermula hari ini melibatkan laluan di Jalan Titi Panjang dari simpang Jalan Iskandar Shah dan Jalan Titi Panjang iaitu berhampiran kedai Pemborong Hasil Laut Anak Kampung Pangkor, ke arah simpang Jeti Lumut.

“Lencongan jalan (laluan sehala) di Jalan Titi Panjang bermula dari simpang Jeti Lumut sehingga ke arah simpang Jalan Iskandar Shah dan Jalan Titi Panjang,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Hasbullah berkata bermula 13 hingga 15 Jun pula, lencongan jalan menjadi laluan sehala akan dilakukan di Jalan Iskandar Shah bermula dari simpang Jalan Titi Panjang sehingga ke simpang Jeti Lumut.

"Kita turut lencongkan jalan menjadi laluan sehala dari simpang Jalan Nakhoda Mohamad Taib yang bersebelahan Restoran Nasi Ayam Bakar Tapah Road @ Lumut, menuju ke arah Jalan Raja Musa.

"Polis menasihati pengguna jalan raya khususnya warga Manjung untuk merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas semasa penutupan serta lencongan jalan dilaksanakan," katanya. 

--BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan