SHAH ALAM, 6 Jun (Bernama) -- Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kes lelaki warga Taiwan maut digilis tren Transit Aliran Ringan (LRT) di Stesen Pusat Bandar Puchong, Selasa lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan kes kekal diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
"Hasil siasatan mendapati kejadian itu tidak mempunyai sebarang unsur jenayah atau kecuaian lain.
"Kita ada sumber keterangan yang menunjukkan bahawa mangsa jatuh atas kelakuannya sendiri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati lelaki berusia 63 tahun yang masuk ke negara ini pada 31 Mei lepas berjalan berseorangan sebelum terjatuh dan digilis tren LRT berkenaan.
Polis telah berhubung dengan keluarga mangsa melalui pihak kedutaan untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial