Polis Serdang Lupus Barang Kes Bernilai RM5.6 Juta

05/06/2025 05:05 PM

SERDANG, 5 Jun (Bernama) -- Polis Serdang melupuskan pelbagai barang kes bernilai RM5.6 juta yang melibatkan mesin bitcoin, minuman keras dan rokok seludup, hasil rampasan daripada 173 kertas siasatan yang diselesaikan antara 2020 hingga Mei lepas.

Ketua Polis Daerah ACP Muhamad Farid Ahmad berkata 164,246 unit barang kes dilupuskan dalam operasi hari ini yang dijalankan mengikut Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN D207) dan peruntukan di bawah Seksyen 407A Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593).

“Pelupusan ini melibatkan 2,934 unit mesin bitcoin, 119,094 botol minuman keras seludup dan 42,218 karton rokok seludup,” katanya pada sidang media pelupusan barang kes di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di sini hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan