Mayat Lelaki Dipercayai Warga Asing Ditemukan Di Tapak Pembinaan Di Bangsar

04/06/2025 09:44 PM

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Mayat seorang lelaki disyaki warga asing ditemukan tertiarap di tapak pembinaan di Bangsar, di sini, petang ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ku Mashariman Ku Mahmood berkata setakat ini identiti lelaki itu belum dapat disahkan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Belum dapat dipastikan sama ada mayat berkenaan adalah lelaki warga United Kingdom (UK) yang dilaporkan hilang baru-baru ini. 

"Siasatan masih diteruskan dan anggota bomba sedang menjalankan kerja-kerja membawa keluar mayat terbabit,” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, mayat lelaki itu ditemukan di kawasan lif aras bawah di tapak pembinaan itu dan sebahagian pakaiannya sudah terlucut.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki warga UK dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat pada 27 Mei lepas berhampiran kawasan Bangsar. 

Kehilangan lelaki berusia 25 tahun itu disedari oleh keluarganya apabila telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi malah akaun media sosialnya juga tidak aktif.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan