Suspek Cubaan Samun Dua Warga China Ditahan Tiga Jam Selepas Kejadian

02/06/2025 07:46 PM

ISKANDAR PUTERI, 2 Jun (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki yang disyaki cuba menyamun dua warga China iaitu seorang remaja perempuan dan neneknya di sebuah rumah di Gelang Patah di sini semalam, kira-kira tiga jam selepas kejadian.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M. Kumarasan berkata kejadian berlaku kira-kira 11.30 pagi dan suspek, 33, yang melarikan diri selepas gagal menyamun barangan berharga daripada mangsa berusia 14 dan 70 tahun, ditahan pada 2.30 petang. 

“Suspek telah mengarahkan mangsa menyerahkan barangan berharga sebelum mencekik remaja itu sehingga berlaku pergelutan.

"Dua mangsa terlibat juga mengalami kecederaan dan dirujuk ke hospital untuk rawatan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah. 

Suspek direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan semasa melakukan rompakan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan