CHUKAI, 1 Jun (Bernama) -- Seorang pengusaha kedai makan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mendera anak perempuan kepada sepupunya di Binjai, di sini.
Tertuduh, seorang wanita berusia 52 tahun bagaimana pun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.
Wanita yang mempunyai hubungan pemeliharaan kepada remaja perempuan berusia 15 tahun itu didakwa telah mengabaikan sehingga menyebabkan remaja itu mengalami kecederaan fizikal.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 5.30 petang di sebuah kedai makan di Binjai dekat sini antara bulan Mac hingga 22 Mei lepas, mengikut dibawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama, yang membawa hukuman denda hingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Asyikin Hashim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Julai depan untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial