PGA Rampas Rokok Tidak Bercukai Bernilai Lebih RM2 Juta

28/05/2025 10:10 PM

IPOH, 28 Mei (Bernama) -- Batalion 2 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kulim, Kedah berjaya merampas 6,100 karton rokok pelbagai jenama yang disyaki tidak bercukai bernilai lebih RM2 juta.

Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta SAC Shahrum Hashim berkata operasi itu dilaksanakan di Kilometer 139.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran susur keluar persimpangan Jambatan Pulau Pinang.

"Hasil soal siasat mendapati bekalan rokok dibawa dari selatan tanah air untuk diedarkan bagi pasaran negeri di utara. 

"Pihak Cawangan Risik Batalion 2 PGA telah berjaya mengesan pergerakan aktiviti dan modus operandi yang digunakan dalam membawa muatan rokok sebelum diedarkan kepada pihak peniaga sejak sebulan lepas," menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan