Lebih 80 Rumah Rosak Akibat Ribut Di Jempol

25/05/2025 12:35 AM

SEREMBAN, 24 Mei (Bernama) -- Sebanyak 83 rumah di Felda Lui Barat dan enam rumah di Kampung Baru Ayer Hitam di Jempol mengalami kerosakan akibat ribut dan hujan lebat petang tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan Leftenan Kolonel (PA) Mohd Nazri Mes Kam berkata Felda Lui Barat merekodkan 224 mangsa daripada 62 keluarga manakala Kampung Baru Ayer Hitam melibatkan 28 mangsa daripada enam keluarga.

"Empat anggota ke lokasi kejadian di Felda Barat Lui pada 6.14 petang tadi mendapati beberapa atap rumah mangsa telah tercabut akibat angin kencang iaitu melibatkan 83 rumah, mangsa memaklumkan hujan lebat dan angin kencang petang tadi," katanya dalam kenyataan malam ini. 

Beliau berkata setakat ini hanya enam keluarga berdaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Lui Barat dan tiada PPS dibuka di Kampung Ayer Hitam.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan