Dua Ditahan, Ugut Sebar Video Bogel Rakan

20/05/2025 09:20 PM

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Dua lelaki ditahan kerana disyaki mengugut seorang rakan mereka supaya membayar sejumlah wang jika tidak mahu video bogel mangsa bersama teman wanitanya disebarkan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata kedua-dua suspek berumur 18 tahun itu ditahan di Ampang dekat sini pada Ahad lepas dan tiga telefon bimbit turut dirampas bagi membantu siasatan.

“Siasatan mendapati mangsa menerima satu pesanan WhatsApp daripada rakan yang dikenalinya pada 11 April lepas mengugut dengan meminta wang dan mangsa kemudian telah membayar RM2,800 secara ansuran.

“Suspek juga ada meminta lagi sejumlah wang tunai RM1,000 daripada mangsa yang menyebabkannya membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis tehtrahydrocannabinol (THC) dan seorang daripada mereka mempunyai empat rekod jenayah lampau termasuk berkaitan dadah.

Kedua-dua mereka direman empat hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan dan Seksyen 292 akta sama kerana memiliki bahan lucah, katanya.

-- BERNAMA


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan