BANDAR PERMAISURI, 18 Mei (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu mengesan tujuh kes penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) sejak Ops Gasak dilancarkan pada 1 Mei lepas dengan nilai rampasan keseluruhan RM68,065.07.
Pengarah KPDN Terengganu Mohd Mufsi Lat berkata pemeriksaan ke atas 164 premis sehingga semalam (17 Mei), menemukan empat kes di Dungun serta satu kes, masing-masing di Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Besut.
“Rampasan terbesar ialah di Hulu Terengganu, membabitkan dua lori dan 477 tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi bernilai RM65,676.20 di Ajil pada Rabu lepas.
“Seorang lelaki berumur lingkungan 40-an yang juga pemilik tong LPG turut ditahan bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita selepas Latihan Senjata Api dan Peluru KPDN Terengganu di Lapang Sasar Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Bidong Darat di sini hari ini.
Beliau berkata kebanyakan kes dikesan melibatkan kesalahan penyalahgunaan dan penyelewengan dalam pengunaan LPG, di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial