Warga Emas Rentung Dalam Kebakaran Rumah Di Ipoh

18/05/2025 12:27 PM

IPOH, 18 Mei (Bernama) -- Seorang warga emas rentung selepas rumahnya musnah dalam kebakaran di Lorong Tebing Tinggi 2, Kampung Tebing Tinggi di sini awal pagi tadi. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mayat lelaki berusia 61 tahun itu ditemukan rentung di bahagian dapur rumah terbabit. 

Beliau berkata pihak bomba menerima panggilan pada 2.35 pagi sebelum lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Putih digerakkan ke lokasi bersama sebuah jentera.

“Sebaik tiba, kebakaran melibatkan sebuah rumah musnah terbakar sebanyak 90 peratus dan komander operasi mengarahkan pasukan bomba untuk melakukan teknik RECEO, satu aliran hos 0.3 meter dengan dua pancutan dari tangki jentera. 

“Mangsa ditemukan rentung ketika proses pemeriksaan dan pemadaman susulan sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya pada 5.44 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan