Polis Rakam Keterangan 14 Saksi Siasat Kes Kematian Wanita Di Kuantan 

25/04/2025 08:53 PM

KUANTAN, 25 April (Bernama) -- Polis telah merakam keterangan 14 individu bagi membantu siasatan kes kematian seorang wanita berusia 37 tahun, 20 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata saksi yang terlibat dalam memberi keterangan termasuk doktor yang menjalankan bedah siasat mayat wanita itu di Hospital Tengku Ampuan Afzan, di sini.

Justeru, beliau berkata beberapa artikel tular menerusi media sosial yang mengatakan kes kematian wanita itu tidak disiasat adalah tidak tepat.

“Pihak polis menafikan dakwaan itu kerana siasatan lanjut berkaitan kematian mengejut masih dijalankan. Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan masih meneruskan siasatan dan sehingga kini sebanyak 14 saksi telah direkodkan keterangan,” katanya dalam kenyataan. 

Sebelum ini kes kematian wanita berkenaan telah diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR), namun media melaporkan keluarga wanita itu mendakwa terdapat kesan kecederaan pada tubuh si mati dan meminta polis menjalankan siasatan lanjut.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan