GEORGE TOWN, 23 April (Bernama) -- Polis Pulau Pinang menahan 116 individu atas pelbagai kesalahan di seluruh negeri itu, dalam Operasi Mega Noda / Op Cantas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) bermula Sabtu hingga semalam.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata operasi itu menyasarkan elemen maksiat dan gangsterisme, penjenayah berpotensi seperti penagih serta pengedar dadah, termasuk mengesan suspek bagi kes jenayah kekerasan yang masih bebas.
“Sepanjang operasi ini dijalankan, 60 buah premis telah diserbu dan 479 individu telah diperiksa, sekali gus berjaya mencapai objektif utama dengan 116 tangkapan, termasuk 12 individu didapati positif dadah melalui ujian saringan air kencing dan 17 individu yang tersenarai sebagai dikehendaki polis.
“Operasi ini juga telah berjaya menyelesaikan lapan kes jenayah kekerasan yang berlaku di daerah Timur Laut, Seberang Perai Utara serta Seberang Perai Tengah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Hamzah berkata operasi tersebut dilancarkan di semua daerah dalam Kontinjen Pulau Pinang secara bersepadu, dengan penyertaan agensi-agensi luar khusus bagi menangani serta mencegah kegiatan jenayah secara holistik.
Beliau berkata tindakan penguatkuasaan secara berterusan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa, agar masyarakat sentiasa berasa dalam keadaan selamat serta yakin terhadap keamanan di Pulau Pinang.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial