Kemuka Dokumen Palsu Dapatkan Peruntukan Khas, Bekas Setiausaha Persatuan Ditahan

22/04/2025 07:01 PM

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang bekas setiausaha sebuah persatuan kerana disyaki mengemukakan dokumen palsu bagi permohonan mendapatkan peruntukan khas RM85,000 daripada Ketua Menteri Sabah.

Suspek lelaki yang juga seorang guru besar berusia 50-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah pada jam 9.40 pagi tadi.

Difahamkan, suspek akan didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu, pagi esok.

Menurut sumber, permohonan peruntukan itu kononnya bagi tujuan pembinaan bangunan pejabat pentadbiran persatuan di sebuah daerah di Sabah iaitu tempat suspek bekerja.

“Suspek yang kini digantung tugas, sebelum ini berdepan lapan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu pada 21 Mei 2024 mengikut Seksyen 471 dan Seksyen 107(c) Kanun Keseksaan. Kes itu masih dalam perbicaraan,” kata sumber berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan berkata pertuduhan kali ini akan dibuat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan