Lima Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Pergaduhan Pesta Songkran

22/04/2025 04:23 PM

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Polis menahan lima lelaki bagi membantu siasatan insiden pergaduhan dipercayai berlaku ketika sambutan pesta Songkran di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja'afar berkata mereka berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an dan ditahan sekitar Damansara, Selangor semalam.

“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca akibat perebutan mengisi air bagi pistol air digunakan dalam pesta tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi Ketua Balai Polis Damansara Inspektor Hafizzul Mohd Noor di 016-2236804 atau 03-77222222.

Sebelum ini, sebuah video berdurasi 56 saat tular di media sosial memaparkan sekumpulan individu bergaduh dengan membaling kerusi dipercayai berlaku pada acara sambutan pesta Songkran di sebuah pusat membeli-belah.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan