Warga Emas Hilang Sejak Selasa Ditemukan Lemas

19/04/2025 06:56 PM

KUANTAN, 19 April (Bernama) -- Seorang warga emas yang dilaporkan hilang sejak Selasa lepas ditemukan lemas hari ini, dipercayai akibat terjatuh di Pusat Rekreasi Jeram Besu, Raub.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Mohd Shahril Abd Rahman berkata Mat Salleh Junoh, 63, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat di tepi sungai pada 10 pagi, kira-kira empat kilometer dari lokasi dia dipercayai terjatuh. 

“Mangsa dibawa keluar dari lokasi penemuan pada 10.30 pagi dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Raub untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan. 

Khamis lepas media melaporkan kehilangan Mat Salleh disedari anak lelakinya sebelum kenderaan Toyota Avanza milik warga emas itu ditemukan di tempat letak kereta pusat rekreasi berkenaan. 

Anak mangsa membuat laporan polis pada 11 malam Rabu, selepas gagal menemui bapanya walaupun telah mencari di kawasan sekitar pusat rekreasi tersebut.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan