SEREMBAN, 17 April (Bernama) -- Seorang Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di sebuah daerah di Negeri Sembilan direman tujuh hari bermula pada hari ini bagi membantu siasatan berkaitan salah guna kuasa membabitkan pengeluaran wang daripada akaun MPKK.
Perintah reman berkenaan dikeluarkan Majistret Fairuz Syuhada Amran selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut sumber, lelaki berumur lingkungan 60-an itu ditahan ketika hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan kira-kira 6 petang semalam.
Suspek dipercayai menyalahgunakan kuasanya dengan mengeluarkan kira-kira RM10,000 daripada akaun bank milik MPKK bagi tujuan peribadi pada 2023.
Difahamkan, wang di dalam akaun terbabit merupakan dana geran daripada kerajaan negeri yang sepatutnya digunakan untuk melaksanakan program di kampung berkenaan, di samping menggerakkan penglibatan komuniti setempat.
Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial