KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu termasuk pengurusan tertinggi sebuah badan berkanun milik kerajaan kerana disyaki terlibat rasuah membabitkan kerja penyelenggaraan sungai di sebuah daerah di Kedah, Isnin lepas.
Menurut sumber, dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 30 hingga 50-an itu ditahan kira-kira 6 petang ketika hadir bagi memberi keterangan di SPRM Kedah.
“Suspek utama yang merupakan Timbalan Ketua Eksekutif dipercayai melakukan perbuatan itu pada 2019.
“Suspek disyaki menerima sejumlah wang rasuah melalui akaun syarikat milik isterinya sebagai balasan kepada kelulusan kerja-kerja penyelenggaraan sungai di sebuah daerah di Kedah,” katanya.
Menurut sumber, kesemua individu itu dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar semalam dan perintah reman selama tiga hari hingga esok telah dikeluarkan oleh Majistret Eliana Ismail.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial