ENAM WARGA ASING DITAHAN DISYAKI TERLIBAT KEGIATAN PENIPUAN, JUDI DALAM TALIAN

09/05/2024 06:57 PM

ISKANDAR PUTERI, 9 Mei (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki dan empat wanita warga asing disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan dan perjudian dalam talian di sebuah kondominium di Puteri Harbour, di sini, semalam. 

Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata serbuan di premis yang dipercayai beroperasi sebagai “pusat panggilan” itu dilakukan pada 5.30 petang. 

Beliau berkata ketika serbuan kesemua individu berusia lingkungan 24 hingga 36 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan itu sejak sebulan lepas, sedang leka melayan “pelanggan” masing-masing.

“Modus operandi adalah menyasarkan mangsa dari luar negara, namun belum ada mangsa yang dikenal pasti setakat ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Polis turut merampas peralatan yang disyaki digunakan dalam kegiatan itu antaranya komputer riba dan telefon bimbit,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Kumar berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Beliau meminta orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap sebarang tawaran yang menjanjikan keuntungan lumayan secara mudah terutama secara dalam talian bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan