POLIS CARI SAKSI PERBICARAAN KES SEKSUAL KANAK-KANAK

08/05/2024 04:07 PM

IPOH, 8 Mei (Bernama) -- Polis sedang mengesan seorang wanita warga emas untuk hadir ke Mahkamah Sesyen Taiping sebagai saksi pembelaan bagi perbicaraan kes di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 pada esok dan 31 Mei ini.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Juna Yusoff berkata wanita itu dikenali sebagai Kamariah Idris, 60, dan beralamat di Tingkat 2, Bangunan KFC, Jalan Pasar, Kuantan, Pahang.

"Pihak polis memohon orang ramai bagi mengesan saksi tersebut dengan menghubungi pegawai penyiasat kes Insp Fernandes Anak Bayoi di talian 019-8673515 bagi mendapatkan maklumat lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan individu itu juga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian di talian 05-7215222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Pihak polis turut mengeluarkan gambar saksi berkenaan menerusi laman sosial Facebook Polis Daerah Kerian hari ini.

  -- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan