DUA LELAKI DIKHUATIRI LEMAS DI KOTA BHARU DAN TUMPAT

08/05/2024 04:08 PM

KOTA BHARU, 8 Mei (Bernama) -- Dua lelaki dikhuatiri lemas di dua lokasi iaitu di Jambatan Sultan Yahya Petra di sini dan di Kampung Kutan, Tumpat, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Zainal Madasin berkata kes pertama melibatkan seorang lelaki dipercayai terjun dari jambatan itu pada 9.46 pagi manakala kes kedua melibatkan seorang lelaki hilang selepas sebuah bot terbalik di kampung terbabit pada 10.17 pagi. 

Beliau berkata usaha mencari mangsa yang masing-masing berumur 30-an dan 50-an itu sedang giat dijalankan. 

Zainal berkata 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Darul Naim dan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Pengkalan Chepa digerakkan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa di jambatan itu.

"Selain itu, di Tumpat pula melibatkan 13 keanggotaan dari BBP Wakaf Bharu dan PPDA Pengkalan Kubor bagi operasi SAR mangsa bot terbalik,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan di sini hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan